Parti Sosialis Malaysia Sg Siput telah mengadakan Program Candle Light bagi memperingati kematian Hugo Rafael Chavez Presiden Venezuela pada 06/3/2013 jam 2130-2200 bertempat di hadapan pejabat PSM Taman Okid Subgai Siput Utara
Kehadiran lebih kurang 40 orang. Lebih menarik lagi, turut hadir ialah Dr.Jeyakumar Ahli Parlimen Sg Siput.
Aktiviti candle light sempena memperingati kematian Hugo Rafael Chavez seorang pemimpin revolusioner berfahaman sosialisme. Ideologi sosialis PSM ini secara terang-terangan ditunjukkan kepada umum yg PSM mengagungkan pemimpin berfahaman sosialis/komunis.
Ketika pelbagai NGO sibuk mengadakan upacara sembahyang dan Solat Hajat bagi keamanan Malaysia dan keselamatan para pejuang yang bertugas di Lahad Datu, mereka pula langsung tidak memikirkan tentang negara dan para pejuang yang sedang menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah hingga mengorbankan pejuang negara seramai 8 orang.
PSM dilihat sengaja menunjukkan provokasi terhadap kerjaan/BN dengan cara mengadakan candle light ini bagi tujuan menyerang balas demo dan laporan polis yg dibuat terhdap TIAN CHUA.
#bagi Tun mereka ni memang tiada semangat cintakan negara. Inikah pemimpin yang layak mentadbir negara? Nauzubillah

No comments:
Post a Comment