Welcome


widgeo.net

Wednesday, 6 March 2013

Program Candle Light bukti Parti Sosialis Malaysia sokong komunis.

Parti Sosialis Malaysia Sg Siput telah mengadakan Program Candle Light bagi memperingati kematian Hugo Rafael Chavez Presiden Venezuela pada 06/3/2013 jam 2130-2200 bertempat di hadapan pejabat PSM Taman Okid Subgai Siput Utara

Kehadiran lebih kurang 40 orang. Lebih menarik lagi, turut hadir ialah Dr.Jeyakumar Ahli Parlimen Sg Siput.

Aktiviti candle light sempena memperingati kematian Hugo Rafael Chavez seorang pemimpin revolusioner berfahaman sosialisme. Ideologi sosialis PSM ini secara terang-terangan ditunjukkan kepada umum yg PSM mengagungkan pemimpin berfahaman sosialis/komunis.

Ketika pelbagai NGO  sibuk mengadakan upacara sembahyang dan Solat Hajat bagi keamanan Malaysia dan keselamatan para pejuang yang bertugas di Lahad Datu, mereka pula langsung tidak memikirkan tentang negara dan para pejuang yang sedang menangani  insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah hingga  mengorbankan pejuang negara seramai 8 orang.

PSM dilihat sengaja menunjukkan provokasi  terhadap kerjaan/BN dengan cara mengadakan candle light ini bagi tujuan menyerang balas demo dan laporan polis yg dibuat terhdap TIAN CHUA.

#bagi Tun mereka ni memang tiada semangat cintakan negara. Inikah pemimpin yang layak mentadbir negara? Nauzubillah

Thursday, 14 February 2013

7 sebab mengapa orang Melayu perlu tolak PAS !!!




1. Bagaimana Pas nak ganti UMNO dan memerintah Malaysia jika hanya bertanding 67 dari 222 kerusi Parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan Parlimen (separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen). Dalam PRU-12, PAS cuma menang 23 kerusi dan hanya jadi keldai tunggangan’ berterusan kepada DAP dan PKR.
2. PAS menyokong prinsip dan konsep sama-rata dan sama rasa yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang yang menafikan hak keistimewaan orang Melayu-Islam.  Ini nyata bertentangan dengan Perlembagaan Negara di mana orang Melayu dan Islam selama ini aman damai menikmatinya.
3. Pas juga bersekongkol dengan Fahaman Pluralisme dan Liberalisme iaitu menyamaratakan semua agama di dunia dan di Malaysia sedangkan Agama Islam adalah agama Rasmi. PAS tunduk kepada DAP untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu yang bertujuan memurtadkan orang Melayu-Islam. Malah perjuangan PAS sudah rosak apabila menukar perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan akibat desakan DAP.
4. Pas rela bersekongkol dengan DAP yang jelas ingin menghapuskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi sedangkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Malah PAS bisu membiarkan agenda DAP yang ingin menghapuskan sistem kesultanan Melayu dan Raja Berpelembagaan.
5. Pas menyokong kuat DAP yang sebenarnya serpihan dari parti PAP (People’s Action Party) yang rasis dan lantang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang jelas mengancam kedudukan kaum Melayu dan agama Islam. Ini bakal meruntuhkan perpaduan kaum dan menimbulkan huru-hara.
6. Dasar-dasar DAP di Pulau Pinang dan Selangor berterusan menindas orang-orang Melayu seperti merobohkan rumah dan kedai-kedai milik Bumiputera. PAS kecut telor dan takut bersuara membela apajua kepentingan ummah. Sebaliknya, para pejuang besarnya yang lantang bersuara seperti Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin dipecat dan diaibkan terus-menerus tanpa kasihan.
7. Para ahli dan penyokong DAP yang menyokong PAS hanya untuk menghapuskan UMNO, bukannya kerana dakwah atau telah faham Islam. Malah DAP juga tidak bersetuju dengan prinsip perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Allah. Ini terbukti bila Karpal Singh dan DAP berterusan mempertikaikan tindakan PAS mempertahankan hudud, kalimah Allah dan kepentingan ummah yang lain.

# pesanan Tun untuk bangsa Melayu yang masih tetap mahu mengundi PAS, setiap undi yang diberikan kepada PAS tidak menjanjikan syurga tetapi menambah kuasa pada DAP

Monday, 7 January 2013

TEPUKAN DAN SENYUMAN MENYAMBUT YAB MB JOHOR , APAKAH PETANDANYA?


7 Januari 2013, YAB MB Johor mengadakan lawatan ke Parlimen Kulai. Walaupun jadual lawatan padat beliau sempat singgah di kedai kopi Tong Ah, Kampung Baru Sedenak untuk bertemu pengundi Cina.


Tepukan dan senyuman mesra menyambut kedatangan YAB MB malah beliau diajak bergambar dan bersembang oleh pengundi Cina yang sedang duduk santai di situ. Senarionya umpama “semut menghurung gula” bila YAB MB dikerumuni oleh pengundi-pengundi Cina. 

Menurut seorang sahabat Cina saya, mereka sangat gembira dan berbesar hati apabila dapat bersua muka dengan YAB MB dan duduk semeja. Sebelum YAB MB beredar mereka sekali lagi berebut-rebut hendak bersalaman dan menyatakan sokongan mereka kepada BN

# sikap keterujaan mereka bertemu pemimpin menunjukkan petanda yang baik kepada BN Kulai. Sikap YAB MB yang ramah dan mesra juga patut menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Monday, 24 December 2012

JOM UNDI BN





Assalamualaikum dan Selamat Hari Natal pada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Bahang Pilihanraya UMUM 13 (PRU13) semakin terasa. Malangnya masih ramai rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi. Jom daftar diri. 




Di setiap UMNO bahagian pasti ada Penolong Pendaftar SPR yang boleh membantu anda untuk mendaftar diri.

Khas untuk sahabat di P.163 Kulai bolehlah mendaftar di :

Pejabat UMNO bahagian Kulai
N0 27A Jalan Sri Putra 1,

Bandar Putra,
81000 Kulai.
(Rumah kedai hadapan Hospital Kulai)
Tel : 07-663 9909
Faks : 07-663 390

atau

PEJABAT-PEJABAT PILIHANRAYA NEGERI

atau

PENOLONG PENDAFTAR YANG DILANTIK OLEH SPR

atau

PEJABAT POS BERHAMPIRAN

Untuk makluman bila anda mendaftar diri sebagai pengundi, anda akan didaftar mengikut alamat yang yang tertera pada kad pengenalan anda. Jadi pastikan alamat kad pengenalan tu sama dengan tempat tinggal ini memudahkan anda untuk mengundi. 

Bagi yang sudah mendaftar, anda boleh buat semakan di sini

SEMAKAN TEMPAT MENGUNDI

Pada ibubapa yang mempunyai anak berumur 21 tahun ke atas eloklah "paksa" anak-anak mendaftar diri sebagai pengundi. 

# Selamat mendaftar diri, dan undilah BN kerana janji ditepati....

Saturday, 22 December 2012

WHY "JALUR GEMILANG" MUST GO?


WHY "JALUR GEMILANG" MUST GO?

Assalamualaikum, hasil sembang maya dengan seorang rakan yang masih berdiri di atas pagar dalam memilih parti mana yang layak dipilih pada PRU 13 inilah suara hati yang dikirimkan pada Tun.

Salam, didalam isu yang banyak di perkatakan perihal 'pertukaran bendera Malaysia", sudah banyak diperkatakan...komen dari pelbagai pihak pun banyak. Selagi kita mampu untuk mencari dan membaca di laman sembang atau blog atau dimana mana media penulisan individu yang lebih arif dari pihak yang membantah atau menyokong "pertukaran bendera" lebih memberi penerangan yang baik dan jelas disebabkan mereka mempunyai alasan tertentu.

Diatas kenyataan peribadi saya, perkara yang berlaku tempoh hari telah memberi satu kesan yang negatif dimata rakyat jelata dimata orang asing dan didunia luar. Kesanggupan individu berasa megah tanpa rasa bersalah seolah nampak tidak tercuit dihati mereka mempamerkan sesuatu objek yang akan dipertikai. 
Mereka tidak mengimbas kembali bagaimana terciptanya bendera yang telah sedia ada dan telah pun diberi nama.

Seharusnya pada malam itu kita keluar dari rumah untuk merayakan hari Kebebasan negara, semesti nya pada malam itu kita bersatu hati merayakan tanpa ada niat tersembunyi tanpa ada membawa isu-isu yang boleh di pertikaikan. Seperti kita pulang ke kampung untuk beraya, walaupun dikalangan kita adik-beradik yang mempunyai status kehidupan yang berlainan, ada yang berjawatan tinggi, pekerja biasa atau surirumah, apabila pulang ke kampung untuk merayakan kemenangan setelah melalui ramadhan....semua nya satu hati...gembira..rasa bangga..disamping ada kedua ayah dan ibu..yang kita hormati dan sayangi.

Seharusnya itu sikap kita...tiada beza kerana segala kehidupan kita semesti bermula dari diri, rumah, tugasan, tanggung jawab seharian sehingga ke negara.Walaupun kita tidak berkumpul seperti rakyat lain yang membaca ayat-ayat suci dan mendoakan kebaikan negara, kita yang keluar untuk bersuka ria semesti nya tidak membawa sentimen yang negative untuk negara yang kita tinggal, tempat cari makan kita, tanah yang kita pijak...tempat kita melahirkan dan membesarkan generasi akan datang.

Tidak kira sesiapa kerana ada individu tidak mengaku diatas segala tindakan tempoh hari, walapun lakaran bendera sudah siap ada dan pernah diwarwarkan dan bernama pula pada saya nama "Jalur Gemilang" lagi enak di sebut, lagi memberi makna.

Adakah kita boleh memberi makna pada setiap warna-warna dan lambang pada bendera yang belum LAYAK dipanggil bendera itu.

Jalur gemilang dicipta diatas makna pada setiap warna jalur-jalur nya dan lambang nya, ketika nama "Jalur Gemilang" diberikan untuk bendera kita, semua rakyat rasa bangga dan layak bendera Malaysia mendapat nama itu...cukup gah dan amat sesuai.

Pada hemat saya, pekara remeh untuk individu yang berniat jahat pada malam itu, kita rakyat yang berdiri teguh dibumi Malaysia pun jangan terlalu "melayan'..kerenah mereka..,apa makna nak tukar bendera..jika dari pihak yang bukan memerintah...kain merah putih itu layaknya bungkus sampah sampah atau botol air kosong yang dicampak merata oleh sahabat kita yg tidak disiplin.

Nilaian saya diatas tindakan tidak cerdik ,hanya cuma mencetuskan satu situasi tidak mesra dikalangan rakyat..dan juga secara tidak langsung boleh menyentuh perasaan negara jiran...,saya berharap jiran jiran negara kita tidak tersentuh hati dengan tindakan kita yang tidak bernas. Kenapa pilih warna-warna yang biasa kita lihat...,bendera negara jiran dan yang sentiasa didepan mata warna-warna dari pertubuhan yang asalnya untuk melayu / islam. Saya tidak mahu melihat jauh...,sebab pandangan saya amat kabur dan pada usia sekarang...terlalu amat kabur pada setiap pekara yang saya lihat...malah akan jadi lagi parah ketika jerebu melanda.

Pada saya, kita mempermainkan...kita sindir..kita menempelak....tiada individu yang berani muncul...memberikan kenyaatan ,panggil wartawan ..penulis...,beritahu kepada negara...," ini bendera baru yang dicadang..ini bendera baru jika ada pemeritah baru..ini bendera baru yang akan di hormati..," dan berikan makna dan jelaskan kenapa mahu tukar bendera. Maaf, jika saya tidak terpandang atau terlihat...sudah ada sesaorang muncul di kaca tv atau dimuka depan akhbar untuk memberi kenyataan.
apa yang saya pernah lihat ada individu yang mengaku "NABI",IMAM MAHADI ,malah mengaku TUHAN cukup amat berani tampilkan diri.

Saya lihat,perlakuan ini....menyindir kepada pertubuhan melayu dan ahli ahli nya,negara ini tidak dipunyai oleh mana-mana pertubuhan....tanah air ini hak mutlak rakyat dan penduduk nya walaupun ada yang tidak mendaftar..tiada surat pengesahan. Saya tidak fikir perlakuan ini hanya meniru tanpa niat sindir..mempelekehkan.

Individu terlibat senyum sinis..gelak tertawa melihat rakyat...membuang masa terhadap isu ini,mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya...cuba kembalikan diri kita yang dikatakan hampir dan menuju era maju pada 2020...,kenapa ramai orang buat endah tidak endah apabila mamak roti...atau penjaja ais-krim lalu depan rumah....ini dsebabkan kita mahu membeli roti /aiskrim di supermarket atau 7E..atau nak aiskrim McD,pada saya isu ini sama aje taraf nya dengan penjaja roti dan aiskrim usah dilayan kerenah mereka....TETAPI kita MESTI bertindak apabila ada pihak mempelekeh kan pertubuhan tertua melayu yang masih kukuh dan wujud sehingga kini. Beritahu kepada mereka negara hak semua bukan pertubuhan yang miliki...pertubuhan diberi kuasa menjaga, mempasti dan menjana satu kehidupan yang paling terbaik dan menuju nilai murni yang di redhai.

Ahli-ahli pertubuhan mesti tidak suka apabila di sindir...itu yang harus di tegakkan..dan bertegas, bukan berperang hanya disebabkan bendera hampir menyerupai Singapura dan Indonesia. Sebenarnya pelaku boleh memilih apa jua warna dan corak dan bentuk untuk bendera yang konon nya akan mengantikan jalur gemilang.....tetapi kenapa pilih warna warna itu dan kekalkan lambang bulan sabit serta bintang.

Jika dilihat warna dan makna asal jalur gemilang...
1 : kuning : taat setia rakyat kepada raja..., ( mereka tak mampu nak jadi kominis dan republik....,sebab mereka tahu keupayaan mereka sendiri...)
2 : merah : gagah,berani..dan kesanggupan rakyat hadapi cabaran ( mereka berani..? sanggup hadapi segala tanpa sokongan ?)
3 : putih : luhur dan ikhlas ( mereka ikhlas...?..luhur kah dihati mereka...?)

Bertindaklah...apabila orang lain mempermainkan diri kita,setiap ahli pertubuhan ada lah diri dan jasad kepada pertubuhan. Sepekara lagi di sini...pada fikiran saya, kenapa mereka ambil warna negara jiran...

Seawal nya saya mohon maaf...kepada semua dan negara jiran.

Pelaku mahu samakan negara kita dengan ketidakadilan, didalam ekonomi...pelajaran...taraf hidup...sosial...dan segala hal-hal negative yang terdapat didalam negara jiran..pelaku meletakan segala hal negative negara jiran kepada pertubuhan..dan menyalahkan pertubuhan.

Pelaku bukan mahu jadikan negara sebagai republik atau komunis...secara halus nya pelaku sindir..
dimaklumkan setiap negara ada masaalah sendiri dan cara memerintah sendiri..tetapi itu lah apa yang saya nampak...jika nak jadikan negara seperti Singapura dan Indonesia..benarkah pelaku akan mendidik rakyat kita berdisplin..bersih...rajin..bijak berniaga...menjadikan negara sebagai tempat membeli belah...(kira berapa juta duit RM bertukar menjadi Rupiah)..saya beranggapan pelaku...ambil yang negative sahaja diletakkan keatas kain empat segi sama itu. Konon nya perubahan tetapi penuh sindiran dan sinis dari pelaku.

Nama bendera ini pun, tidak sama loghat melayu macam saya dan arwah ayah dan mak saya bercakap seharian.

# Seruan Tun, pada semua rakan yang masih berdiri di atas pagar, jom bersama BN, jangan kerana marah dan tipu daya pembangkang kita sanggup menggadai masa depan generasi kita...sesungguhnya tanah ini adalah hak kita dan kitalah yang selayaknya mempertahankan tanah tumpah darahku.

Tuesday, 18 December 2012

LADANG RAKYAT VS FELDA


LADANG RAKYAT VS FELDA



TUJUAN PENUBUHAN
FELDA
LADANG RAKYAT
Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 dan bertujuan mengatasi masalah kemiskinan penduduk khususnya penduduk luar bandar
Ditubuhkan pada 26 Januari 2006 dan bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan melalui sector perladangan
KELEBIHAN FELDA BERBANDING LADANG RAKYAT
FELDA
LADANG RAKYAT
  • v  Diusahakan oleh rakyat
  • v  Tanah dimiliki peserta dan diwarisi oleh generasi seterusnya
  • v  Hasil mampu menjana peningkatan sosio ekonomi peserta hampir mencecah RM5,000.00 sebulan
  • v  Mendapat pelbagai kemudahan di Tanah Rancangan Felda

  • v  Diusahakan oleh syarikat
  • v  Tanah dimiliki peserta dan menjadi milik syarikat selama 99 tahun
  • v  Hasil diperolehi RM200.00 sebulan
  • v  Tiada kemudahan kerana tidak berada dalam tanah rancangan

PULANGAN KEPADA PESERTA
FELDA
LADANG RAKYAT
  • Ø  Pusat Dalam Komuniti
  • Ø  Pusat Literasi Komputer
  • Ø  Pusat Permata
  • Ø  Asrama Semai Bakti
  • Ø  Skim Tiusyen Felda
  • Ø  Insentif Pendidikan
  • Ø  Pinjaman pelajaran tinggi
  • Ø  MRSM Felda yang boleh menempatkan seramai 1,050 pelajar dikalangan anak warga Felda

  • Ø  Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan merampas tanah rakyat
  • Ø  Rakyat di Kampung Serian sanggup keluar beramai-ramai untuk mempertahankan tanah mereka. Ini juga didakwa berlaku di Kampung Miak dan Kuala Malligai
  • Ø  Tiada pampasan diberikan dengan alasan selagi tidak mendapat geran, selagi itulah tanah tersebut tidak menjadi hak milik mereka
  • Ø  Pemilihan peserta lading rakyat dibuat semata-mata untuk kepentingan politik dan mereka yang melakukan kerja-kerja politik (KRONISME)
  • Ø  Tidak memberikan pemilikan tanah kepada rakyat
  • Ø  Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan perbadanan ini telah mendapat keuntungan besar hasil dari pembalakan.


Contoh rumah di Felda Tunggal

FELDA adalah projek tanah rancangan paling berjaya di dunia

Tuesday, 11 December 2012

Selamat Berkunjung ke Teja's...

Assalamualaikum wbt n Selamat Berkunjung ke Teja's...

Bermula bicara di alam maya merungkai seribu kata dan bahasa untuk tatapan kita bersama...

Juga bersama menantikan segala apa yang tersirat di minda untuk direnungi seadanya...

Wassalam...


DI ANTARA YANG TELAH DI NUKIL TEJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...